Anda Ikut saya!!!!

Tuesday, December 20, 2011

ASB

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.
''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.
Turut hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Sementara itu, Hamad Kama Piah menyifatkan agihan pendapatan ASB pada tahun ini adalah terbaik selepas mengambil kira ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan sejagat.
''Jumlah agihan pendapatan dan bonus 8.80 sen adalah terbaik kerana ASB pelaburan jangka panjang,'' tambahnya.
Katanya, PNB telah memperuntukan sebanyak RM3 bilion sebagai rizab bagi ASB yang akan dibawa ke hadapan.
Menurut Hamad Kama Piah, pada tahun ini jumlah unit amanah ASB telah meningkat melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion pada 2010. Setakat ini, jumlah dana ASB dan unit-unit amanah lain berjumlah RM17 bilion.
Ahmad Sarji menambah, pengiraan pengagihan pendapatan ASB berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember 2011.
Pengiraan bonus pula mengikut purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2002 sehingga 2011.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit dan buku pelaburan boleh dikemas kini mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB ditangguhkan mulai 21 Disember ini sehingga 2 Januari 2012 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan dan bonus.

Sumber: Utusan Malaysia 

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.

Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.

“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Monday, December 19, 2011

Kenduri Kahwin Majlis Tertinggi aku: Puan Anis.

17 Dec 2011 hari tu berkesempatan ke kenduri mantan Bendahari masa memegang jawantan YDP dia ni aku punya bendahari la. kecik-kecik garang. haha sekali berleter payah dah nak bg berhenti. hehe.suaminnya juga dekat kampung yang sama. meriah sungguh kenduri kahwin beliau. khabarnya anak pertama yg kahwin, maksud kenduri pertama la ni. antara gambar gambar yang diambil. sedih tak sempat bergambar dengan pengan tin. hehehe tapi takpa lah tengok dari jauh dah cukup. hehe antara gambar yg sempat di rakam. hehe

 nampak-nampak gaya-gaya semua datin datin jalan. hehe ni semua cik lagi la.
 nampak gaya datin-datin low profile. hehehe
 baru nak plan berkumpul kat mana ni masa tunggu kak hafsah dan husband bersama aisyah. hehe
 ni ahli yg naik PKB semua Teruna. haha baju putih dah berpunya, baju nak warna merun tu ada yg dia minat tapi memendam saja. yg tinggi no clues. hehehe
 ha tudia pengantin lalu hahaha puan anis.
 yg wanita naik keta cik ala . kami keta teruna. haha




 ni gambar pengantin dengan ramai-ramai.
Sumber: Facebook ala.


 ok jumpa lagi di kenduri yg lain hahaha mungikin juga NYDP pulak. hahaha

Wednesday, December 14, 2011

Anak lelaki anak perempuan.[entry khas]

1. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus
 

2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X. 


Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.[INI PALING PENTING!]

hehehe atas permintaan adik aku sorang ni. en hakim. lambat gi dia mahu kawen tapi abg abg nye dah ada yg nak kahwen. hehe

Sunday, December 11, 2011

Kacau, Calon Menantu dan Durian

1. Jujur aku katakan, sebenarnya aku tak reti nak masuk ikut bersembang dengan orang kampung sebab di rumah, rumaku hanya sebuah dan dengan tetangga kampung sangat jauh. maka tidak hairan kalau aku ke majlis kenduri kendara aku akan jadi kerang sumbang. tambahan pula berat mulut nak bersembang menyebabkan aku jenis yang buat kerja apabila di suruh. tapi semalam ahad, 11.12.2011 berkesempatan ikut kenduri kacau bubur asyura di kampung halaman kak cik di Grik Perak. hehehe nasib baik la org kampung ok. kalau tak mesti dah kene sumpah sombong dan bandar sangat. hahaha

2. pengalam kacau bubur asyura memang best sebab ramai-ramai org wat keje. kutut-kutuk , gurau gurau hehehe. sebenarnya dah penah buat dan ikut serta tapi kat rumah je la tak smapai pun 10 org. dalam kalangan adik beradik sahaja. gambar kat bawah ni antaranya la. hehehe

 gambaq ni masa tengahhari, mula gerak kul 8 sampai kat kampung kak cik kul 10. pastu terus tolong-tolong sebelum tu sarapan tapai aiar kopi dengan biskut. cun!! apa lagi time lunch terus pelahap pucuk oaku rebus, asam pedas, masak lemak cili pisang, dengan sambal belancan istimewa. hehehe
 yang best nya orang kampung ni segan-segan nak minta kami tolong. aku pulak dah stanby nak kacau, tapi org kampung pun tak buka mulut aku pun takdak la nak amik kacau. pastu depa dah letih baru depa bg. aha.. sedap k. hehe
 masa ni dah siap. mak cik tu tengah tabuq beras goreng yang di tumbuk memang sedap. ada rasa 'cornflake' sikit. hehehe
 teruna idaman malaya ke??? hehehe yg bawa dulang tu. lalala

masa ni dah separuh masak. lama nak kacau dia. aku tengok jam lam kul 11 depa masuk lam kawah bebahan tu pastu pukui 2  siap!.

3. balik dari kenduri kendara rumah kak cik, makan malam berlapan. dengan adik-adik la. haha macam-maca, tuan rumah (errr tuan bilik sebenarnya) ali dan akmal.share sorang RM4.70 beli nasi bungkus, tomyam campur, dan mesti nya sambal belacan rumah kak cik yang sedap tu, bersama masak lemak pisang. memang terbaik!!1 terdiam semua masa makan. boleh wat lagi mcm ni sbb jimat. ops lupa ada telur dadar tapi aku tak makan. pun. haha

4. lepas tu adik angkat sorang ni radi sponsor durian pulak, pak long dia bawa mai dari kuala kangsar. memang sedap. lemak! fuh terangkat. hahaha punya nak makan kopek durian guna pahat. jangan memain. hehehe memang terbaik!

5. ada permintaan khas from my best friend. haha kalau jadi baru bgtau. tapi lambat lagi. haha tapi permintaan dia tu aku rasa satu penghormatan la. tapi masih ragu ragu lagi. hahaha terbaik!! start from today situp every days boys. haha

6. bangun tido dengan mimpi yg pelik, junior aku bertunang. hahah tudia aih! petanda ka apa.

7. got to go bak kata najwa mahiaddin. hehehe


"Hormati perbezaan kerana itu pelangi dalam kehidupan"

Thursday, December 8, 2011

Jom Belajar!

1. oh lama sungguh tak update blog ni. nak kata bizi tak la sangat tapi no idea. haha

2. haritu tolong jizan, mia, naz and geng-geng nya pasal kem. dapat la tolong sikit-sikit. haha banyak suka-duka. antara nya kambing la, kem kat luar la, tak jadi la, jatuh tangga la, merajuk la sentap la, laptop la.. TAPI semua tu ialah proses untuk kita belajar tentang erti kehidupan. kalau tak bila lagi. nanti mesti terkenang kenang kenangan ini walaupun mulut kata benci tapi hati mesti merindui ya adik-adik. hahaha

3. perancangan itu penting hahaha. ni sebab nya pada hari ahad ada temuduga. pastu dah tahu jambatan tutup hari ahad, gagah juga nak balik pagi ahad. akibat nya hampir 4 jam tersekat dekat jetty. akibat nya sampai kedah pukul 10 maksud???? pagi temuduga lambat hahaha janjinya kul 9 sampai nya hampir 11. haha ni nak cerita pasal tempat yg aku pegi. memang best firm ni sebab nya ada kat kedah! hahaha tapi sayang nya dia nak org yang berpengalaman. aku? berpengalaman dalam audit, tapi bukan audit government, sbb nya firm tgh cari org yg ada pengalaman dalam audit government.  dari cara partner dan manager tu cakap pun dah nampak aku tidak layak . haha maka disini ada dua perkara yang aku dapat 1. kita kene cari pengalaman dulu baru boleh cari makan kat tempat besar 2. kita kena belajar body langguage apabila org menolak kita untuk meng offer kerja kepada kita (ada kaitan) hahahaha

4. kenduri kawin!!! sedih sedih sedih,. bukan sedih sebab kawan kawin tak!!!!1 yg tu gembira! sedih nya cari rumah tak jumpa last last tak dapat pergi.. pastu ada kenduri tu kawna buat time kerja tak dapat la nak pergi. hukhukhuk. takpa-takpa nanti majlis aqiqah anak korang aku pi . lalalala Selamat Pengantin Baru buat semua! hahaha ops! jangan tanya aku bila. lalala

5. kenduri sunat. haha sepupu aku dah bersunat. haha ok la imbau kenangan itu. hehe

6. sekian. nak smabung kerja . konon nak kutip pengalaman la ni hahaha

Monday, December 5, 2011

Increase your site search engine rankings


Be presented on search engines is one of the most critical strategy to increase website
traffic and show your business or service to individuals who might be interested in what you are offering.

All major search engines utilize a software to determine your web-site ranks.

They know the number of sites are linking to your web-site; more links and visitors
higher rank for your web-site.

Get Higher Rank...


Advertise to over 10 million individuals

Promote to over 10 million individuals across the world.


We promote your company in international network of partners webpages,
each with own targeted points of interests.

Our company gives you innovative advertising methods that makes your company succeed online.

We will provide you with real and visible results and take your web-site to the next level.

Promote to Over 10 Million customers Now...


Get More Customers

Get More Visitors, Get More Income!!!


With no day-to-day stream of visitors you cannot have stable around the clock income.

It's not possible to get income if no one comes to your web-site. You need visitors
to see your products, every day, 24 hours!

Our company helps more than 30,000 clients get more visitors from Internet.

You will increase your sales by receiving hundreds of real targeted customers to see your web-site.

More Customers...